Thursday, 31 May 2012

15 novel pilihan pembaca

                                    


DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya inginmenjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahliaterkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh TengkuSyahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaituhak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telahmungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapatmengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yangdapat mengungkap segala rahsia.


komen aku: novel nie memang best sgt2.kalo bace sekali mesti nak bace lagi..percintaan diantara tengku syahran dengan zahlia dilanda pelbagai konflik tetapi akhirnya mereka dapat bersama dan bahagia...siapa yg nak dapatkan novel nie bleh ar pegi ke kedai buku berhampiran kerana novel masih ade pasaran...



                                            



Sinopsis Ombak Rindu

Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi


komen aq:novel nie memang best sampai mata aq nie rase mcm dah nak jadi mcm kassaim selamat..haha
               novel telah difilemkan dan mendapat sambutan hangat di sinema serta telah mengangkat aaron aziz                                            sebagai penaraju utama filem ni sebagai artis paling populat 2011.nie menunjukkan betapa habatnya karya fauziah asahari nie...novel bleh juga didapatkan di kedai buku dimana cover nya telah diperbaharui dgn gambat watak filem ombak rindu ...


                                             


sipnopsis:



Kisah bermula apabila Datuk Mustaza ditimpa bencana di tengah lautan ketika memancing di Laut China Selatan. Dan diselamatkan oleh seorng nelayan bernama Sulaiman. Kerana ingin membalas budi hasrat menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina iaitu anak Sulaiman di laksanakan.


Taufik menentang keras tindakan ayahnya kerana dia sudahpun mempunyai kekasih iaitu seorang modal terkenal bernama Isabella. Manakala Salina pula sudah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung.

Namun jodoh tiada siapa dapat menghalang. Mereka disatukan walaupun hati dan perasaan diamuk tentangan. Jadi la mereka ibarat orang asing walaupun sebumbung.

Sekian lama serumah akhirnya Taufik kecundang dalam egonya. Tanpa disedari tumbuh bibit-bibit cinta antara dirinya dengan Salina. Ditambah dengan kehadiran Zulkifli yang berkerja di syarikat milik Taufik. Api cemburunya marak tanpa di pinta. Dan dia berusaha agar Salina menyintainya.

Dan sesungguhnya, mereka memang ditakdir bersama. Apabila Salina bersedia menerima cinta Taufik. Dan mereka melayari bahtera cinta dengan bahagia.

Namun, sedang hangat menyemai rasa datang musibah tidak dipinta. Isabella membuat onar dengan mengatakan dia hamil hasil hubungan cintanya bersama Taufik. Sedangkan dia tahu Taufik tidak pernah menyentuhnya ketika mereka bersama dahulu. Taufik tertekan. Semua orang menyalahkannya termasuk isteri tercinta. Dia buntu. Tiada lagi kepercayaan untuk dirinya. Dan dia tidak diberi peluang untuk membela diri.
Bersama rasa kecewa, Taufik membawa diri ke luar negeri. Memujuk hati sendiri. Merendam lara diri.
Kebenaran terungkai sudah, Salina menyesali ketelanjuran diri. Menuduh suami yang setia tanpa usul periksa. Kekesalan  mencengkam jiwa lantas Taufik dijejaki.

Menemui suami tercinta yang sudah tercalar hatinya bukanlah mudah untuk Salina memujuk Taufik memaafkankan dirinya. Taufik mengeraskan hatinya walaupun sayang masih menebal dan rasa kasih dan kasihan pada Salina yang sedang sarat itu.

Akhirnya Taufik melembutkan hatinya, menepis ego demi kebahagian masa hadapan. Sesungguhnya 'tiada lagi setelah kau apatah lagi sebelummu...'

komen: x dapt disangakal lagi novel nie mmg best dgn penulisan nya yg cantik serta gaya bahasa nya yg mantap...novel pade awal nye aq rase mcm x best jer tp setelah aq bace 2 kali baru aq dpt simpulkan bahawa novel nie mmg best...




                                              

sipnopsis:



Harga kesetiaan seorang lelaki bernama suami begitu mahal nilainya pada insan bernama Lukman Hafizi ini. Setelah pemergian isteri tercintanya, Sarah, hari-hari yang dilaluinya tidak lagi seindah semalam. Dia terus hanyut dalam lamunan khayalannya.
Kepulangan Farah, kembar seiras menggugah selaut kenangan bersama arwah isterinya. Farah pula tersepit dengan wasiat terakhir kakaknya serta dilema perasaannya sendiri. Dia pasrah akhirnya.

Antara tanggungjawab terhadap anak buahnya dan wasiat kakak kembarnya benar-benar membuat Farah tidak keruan. Menerima bererti menyerahkan diri pada takdir yang tak pasti atau membiarkan sahaja ia berlalu dari hidupnya. Namun Farah tidak tega. Tidak sanggup melihat orang-orang kesayangan kakak kembarnya itu menderita lagi. Bersama tekad dia menerima abang Lukman dan Zahin dalam hidupnya walau berdepan dengan dugaan yang maha hebat.

Lukman tak berdaya. Melihat Farah bagai melihat bayangan Sarah. Sesungguhnya ada getar dalam hatinya. Di yakini bahawa Farah hanya adik iparnya, namun hati tak mahu mengerti. Lama-kelamaan hatinya berbunga juga cinta untuk gadis bernama Farah. Tapi ego mengatasi segalanya. Dia malu pada arwah isterinya, bila dirasakan kasihnya berpaling arah. Sekuat hati di tolak Farah dari hatinya. 

Ternyata jodoh bukan sesuatu yang boleh ditentukan. Ada jodoh antara mereka. Biarpun pada mulanya berlandaskan wasiat semata, namun kasih bersemi akhirnya. Dugaan melanda lagik, memaksa Farah membawa diri. Jauh di tinggalkan Lukman dan Zahin. Jauh mengubat hati yang terluka.

Lukman menyedari keterlanjuran diri. Di pujuk Farah. Namun kekerasan hati Farah tidak mampu dilentur dengan airmata Lukman dan Zahin. Sehinggalah terjadinya suatu kejadian yang memaksa Farah kembali ke tanahair.

Farah pasrah. Anak yang dikandungnya lemas dalam kandungan. Farah menyalahkan Lukman atas apa yang terjadi. Akhirnya dia sedar apa yang berlaku adalah ketentuan Tuhan. Dia redha menerima namun untuk menerima Lukman dalam hidupnya adalah suatu yang amat mustahil.

Lukman berusaha bersungguh-sungguh untuk menawan hati Farah semula. Bermacam-macam cara dilakukan sehingga Farah tidak berdaya untuk menolak Lukman mentelah masih menebal rasa cinta pada suaminya itu dan akhirnya mereka sepakat untuk membina kehidupan baru dengan lebih bahagia. 



komen :novel biler bace hati mmg sakit suami si farah dalam citer nie mmg keliru dgn perkhawinan nye yg kedua ....rase mcm farah lak yg kejar citer die padahal farah khawin dgn lukman hafizi hanya atas wasiat akaknya....tetapi keseluruhan citer ni mmg best...




                                         


Hanim terbuang dari naungan kasih ayah dan bonda akibat perbuatan keji Ariff yang merogolnya hingga mengandung. Mujurlah ada insan yang sudi menghulurkan tangan, menyambut Hanim dari terus rebah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup. Di Rumah Kasih Sayang, Hanim membina semula semangatnya yang menghilang.
Kehadiran permata hati mengubat duka, walaupun kelahirannya tidak sah di sisi undang-undang. Kasih dan sayang dicurahkan kepada Aidil, namun ada batasnya.
Enam tahun memperkasakan diri, Ariff tiba-tiba muncul semula lalu mengocak ketenangan hati Hanim. Hanim tidak betah melarikan diri daripada Ariff kerana tuntutan kerja memaksa mereka untuk bekerja bersama-sama.
Ariff yang sememangnya sedari mula mencintai Hanim cuba untuk menggapai semula kasih Hanim demi menjernihkan suasana. Berjayakah Ariff menghapuskan dosa semalamnya? Akan terbukakah pintu hati Hanim untuk memaafkan Ariff? Bersediakah Ariff memikul tanggungjawabnya sebagai ayah kepada Aidil?

komen: jalan citer novel mmg jarang org tulis citer pon mmg best rugi x bace .pelbagai usaha yg telah dilakukan untuk menambat hati hanim namun dosa semalam tidak dpt dilupakan...cerita nie mmg menggambarkan kehidupan manusia yg sebenar diman iu kena rogol nie mmg banyak berlaku..overall novel nie mmg best
                                 


                                           


sinopsis:


"Saya pernah jumpa tapi saya tak pernah nampak dan tak pernah kenal siapa gerangannya atau dari mana datangnya dan mengapa dia hukum saya sebegitu rupa. Sampai sekarang saya hidup dengan tanda tanya." - Alissa


Cinta hanya kiasan sajak. Cinta hanya pelaris filem. Cinta hanya cerita dongeng dlm novel. Cinta adalah kebodohan manusia yang tidak mahu menerima kenyataan bahawa ia sebenarnya tidak wujud. Hakikatnya cinta hanyalah kekeliruan dlm pemikiran manusia, ketakutan utk hidup sendiri ataupun rembesan hormon tubuh yg menghasilkan daya tarikan sementara - Zaquan Zachery


"Sebelum kau kata 'tidak', aku nak beritahu yg perasaan ini dah lama bersarang dlm hati aku. Aku tau kau mungkin tak suka aku. Tapi tiap kali aku pandang mata jernih kau, senyuman manis kau dan gaya percakapan kau yg comel, aku jadi separuh gila. Jadi sebelum aku betul2 mereng, aku tau aku patut berterus terang." - Izani


"Aku cemburu Lis. Sebab selama ini aku sayangkan kau. Tapi ego nak mengaku. Aku layan kau mcm aku layan teman2 wanita aku yg lain. Padahal, tempat kau di hati aku. Sebenarnya kau lebih dari mereka, Lis. aku sygkan kau lebih dari semua perempuan yg pernah aku jumpa sebelum ini. Walaupun dh terlambat, aku tetap nak beritahu kau. Aku sayangkan kau. Dan kalau Zaq tak layan kau dgn baik, aku sumpah akan rampas kau semula." - Badry


Bayangkan seandainya satu episod malang membunuh segala kebahagiaan yg anda miliki dlm sekelip mata, melunyaikan segala mimpi-mimpi indah yg pernah anda ciptakan. Persoalan inilah yg menemukan saya dgn titik permulaan kisah 'Biarlah Ia Pergi'. Saya cuba membayangkan betapa rapuhnya titian perjalanan hidup yg harus kita rentasi. saya mahu membawa pembaca meneroka hidup Alisa Othman, gadis yg tidak pernah mengenal erti putus asa meskipun hidupnya beronar derita ~Liza Nur~

komen:novel nie mmg mantappppppp bekali2 bace pon xpe sbb ape tau sbb novel sggggttt bestttt
jaln cerita yg menarik gaya penulisan yg cantik ditambah dgn gaya bahasa yg mantap...


                                     



                                                   
sipnopsis:


Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."

komen aq:novel adalah novel yg paling best aq pernah bace novel yg paling mantap....jalan cerita yg yg ditulis dgn baik serta idea cerita ni juga x pernah dibuat org setakat nie......novel mmg mantaop aq ade dengar novel nie akan diterbitkan dalam drama....nantikan ajelah kalo ade.....




                                         
sipnopsis:


Yasmin Nadilla amat gemar melancong. Disebabkan hobinya nilah majlis pertunangannya tertangguh. Nasib baik dapat jugak meneruskan pertunangan bersama jejaka pilihannya Arman. Kini kerana hobinya juga dirinya diculik semasa ingin melancong ke Pulau Santubong, Pulau Sejinjang. Dia diculik bersama seorang anak hartawan bernama Daniel Ezairy.

Disebabkan kejadian culik itu Arman berkahwin dengan Hasliza, adik Yasmin Nadilla untuk menutup malu keluarga apabila semua persiapan dan kad jemputan sudah diedar. Keluarganya menyalahkan dirinya kerana tidak balik pada hari perkahwinannya dan Yasmin Nadilla pun tidak pernah memberitahu keluarganya tentang kejadian culik yang melibatkan dirinya itu.Yasmin Nadilla yang kecewa melihat jejaka yang dicintainya mengahwini adik kandungnya, bertindak melarikan diri ke Terengganu.

Di sana dia bertemu kembali dengan Daniel Ezairy. Bersungguh Daniel Ezairy menghulur kasihnya buat Yasmin Nadilla. Namun, mana mungkin Yasmin Nadilla menyambut salam kasih lelaki itu setelah diketahuinya yang Daniel Ezairy sudah mempunyai kekasih hati bernama Sharifah Mastura. Lagipun cinta pada Arman masih berbekas di hatinya. Sukar memadam rasa cinta itu.

Namun permintaan dari Atirah yang mahukan Yasmin Nadilla berkahwin sebelum dia menutup mata membuatkan Yasmin Nadilla nekad memilih Daniel Ezairy sebagai suaminya. Daniel Ezairy yang sememangnya amat menyintai Yasmin Nadilla bersetuju. Mereka disatukan dalam suasana yang sederhana atas permintaan Yasmin Nadilla. Hanya rakan-rakan dan saudara mara terdekat sahaja di undang.

Bahagiakah perkahwinan tanpa dasar cinta itu. Yasmin Nadilla hanya berserah pada yang Esa. Tapi ternyata benar, cinta akan tumbuh apabila sudah berumah tangga. Yasmin Nadilla mengakuinya apabila dia mulai jatuh cinta pada suaminya, Daniel Ezairy.

Cemburu bukanlah satu perasaan yang terpuji. Kerana cemburu rumahtangga yang baru terbina teruji. Kedinginan sikap Daniel Ezairy membuat Yasmin Nadilla beralih arah. Kedatangan Arman bagaikan pujukan untuknya. Selama 2 minggu Arman di situ, mereka bagaikan belangkas. Yasmin Nadilla senang mengikut kemana sahaja di bawa Arman. Daniel Ezairy juga kembali ke pangkuan Sharifah Mastura. Sedangkan masing-masing sudah punya pasangan namun itu bukan permasalahannya.

Terjadinya perang dingin antara mereka. Sehinggakan Yasmin Nadilla membawa diri ke kampung halamannya. Daniel Ezairy mulai sedar akan sikapnya. Dia berusaha memujuk Yasmin Nadilla kembali kepadanya. Namun hati Yasmin Nadilla yang terluka itu sukar di pujuk. Namun, akhirnya Yasmin Nadilla mengalah apabila melihat kesungguhan suaminya memujuk dirinya. Daniel Ezairy berjanji akan lebih menyayangi isterinya. Yasmin Nadilla bersyukur kerana dipertemukan dengan lelaki yang amat menyayangi dirinya. Tamat ...

komen aq: idea novel ni dituliskan dgn begitu mantap jalan cerita yg sarat dgn kehidupan manusia. 
aq bace citer nie mase aq darjah enam haha mudakan dah bace novel.....yg pasti nove nie mmg menarik bleh dapatkan novel nie di pasaran....




                                               
sipnopsis:



BUKAN kehendak Natasya menerima Zahim, tetapi itulah tanda pengorbanannya sebagai seorang anak. Perginya Zahim tanpa sepatah kata juga bukan pintanya, tetapi itulah hidup yang ditakdirkan ke atasnya. Bagi Natasya, andai takdir memisahkan mereka, takdir jugalah yang bakal menemukan mereka kembali. Jika diberi peluang meminta, akan dipinta agar mereka tidak dipertemukanlagi buat selama-lamanya. Mengapa perlu ada pertemuan lagi di saat hati sudah hampir merelakan perpisahan? “Rasanya, ikatan ni langsung tak bererti buat kita berdua. Jalan yang terbaik, putuskan saja.” Namun, takdir ALLAH tiada siapa yang dapat menduga. Kerana pengorbanan juga, sekali lagi dia terpaksa menerima Zahim kembali, tapi di saat dia mula mengecap rasa bahagia bersama, sekali lagi kepercayaannya dikhianati tanpa belas. Apakah semua pengorbanannya selama ini tidak memberi apa-apa makna pada Zahim? Lantas, apa sebenarnya yang dia mahukan? Kalau bahagia seorang suami bukan pada isteri, di mana letaknya bahagia itu? Peliknya cinta... walau dilukai berkali-kali, hati masih mampu menyayangi. Sekalipun parut kelukaan itu mencacatkan, namun cinta di hati hanya akan berhenti bila nyawa dan roh diangkat ke langit. Dia percaya; “Isteri yang baik akan menerima suami seadanya. Isteri yang solehah akan mengikut kemahuan serta kehendak suami setulusnya dan isteri yang sempurna akan sentiasa cuba menyempurnakan diri sendiri demi kebahagiaan suaminya.”


komen aq:walaupon jalan cerite novel sudah sering kita bace mengenai perkhawinan yg ditentukan oleh makbapak....tetapi jaln cerita novel nie yg menarik telah mengubah sangkaan aq cerita nie mmhg best...



                                        
sipnopsis:


" Apabila hujan turun , melimpahlah air dari perbukitan , aliran menujah ke batu , melekuk tanda waktu beralih, seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung "
------------------------------------------
Sinopsis:
Haryani dan Laksamana Sunan... saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia , malah sukar diterima logik akal. Mereka dari zaman yang berbeza.

Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.

Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa haryani kembali semula ke abad 21.

Antara dua lelaki , Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati.
 

komen aq :perghh novel nie mmg superb jalan cerita nya yg mengisahkan 2 dunia yg berbeza membuat kan aq rase mcm ade jer kat zaman hang tuah haha....tapi aq x ckp bohong citer nye mmg best tp ia memerlukan pemahamam dimana aq bace sampai 2 kali untuk fahankan citer nie....tp mmg best..



                                                






Kisah kesinambungan dari Bagaikan Puteri. Haryani yang sedar dari koma dan masih dalam proses penyembuhan dari penyakit jiwanya masih teringatkan Laksamana Sunan dari zaman silam. Dani pula yang menyimpan perasaan terhadap Haryani pergi ke Acheh menjejak susur galur Laksamana Sunan. Akibat dari Tsunami Dani terdampar dan hilang waras.

Sementara itu di zaman silam, Laksamana Sunan diserang hendap oleh anak Maharani iaitu Ratu Sulaman, tetapi Ratu Sulaman tertewas dan Laksamana Sunan memberinya peluang untuk mendekati Islam, akhirnya Ratu Sulaman disunting Saifudin untuk menjadi surinya dan dinamakan Ratna. Maharani murka dan berdendam, dihantar gagak hitam yg jahat untuk mengintip dan dengan tipu muslihatnya, dia menculik Ratna dan menyihir menjadi Ratu Sulaman semula.

Di zaman kini, Haryani pergi menjejaki Dani ke Medan setelah diketahui isi hati Dani melalui poskad yg dihantar Dani. Menurut kedutaan MAlaysia, Dani telah hilang dalam Tsunami di Acheh, namun begitu Haryani masih yakin yang Dani masih hidup. Walaupun ditegah keluarga, Haryani tetap menyelinap lari ke Medan. Semasa dalam pencarian, Haryani telah di tipu oleh Ponah, pemandu yang sanggup membawanya ke Acheh. Dia telah diperangkap di Manggala, tempat manusia berupa serigala jadian sewaktu bulan mengambang. Semasa dalam tahanan Bahadur, (ketua manusia serigala), Haryani berjaya melarikan diri dan terjumpa Ponah yang telah mnjadi mayat hancur dibaham serigala jadian.

Senggara yang merupakan makhluk manusia bertopeng mempunyai kuasa yang kuat dan mampu menyerang tentera secara bersendirian. Senggara merupakan mahkluk dua jiwa, 1 yang jahat dan yang baik. Maharani menyihir Senggara menjadi amat jahat dan menyerang bahtera Laksamana Sunan. Walaupun kuat Senggara tertewas, rupa2nya dengan keris Nangroe Senggara ditikam dijantung lalu hilang berpusar menjadi cahaya menuju ke langit. Senggara baik adalah dari roh Dani yang tersesat ke zaman silam.

Manakala Dani telah dirawat oleh Pak Mustakim dan Saliha. Pak Mustakim risau tentang makhuk serigala jadian yang mana dia merupakan keturunan dari Manggala juga. Ada beberapa penduduk dalam khemah Tsunami yang pernah ternampak serigala jadian, bermakna Pak Mustakim dan Saliha mungkin menjadi serigala jadian sewaktu bulan mengambang. Mereka cuba berubat dengan pergi ke Manggala. Di sini lah mereka terjumpa Bahadur dan Haryani. Haryani dan Dani bertemu, tetapi Dani masih belum sedar di dunia nyata.

Setelah Saifudin menikam Senggara, Dani menggelupur bagai terkena sawan, Dani tersedar dari dunia gilanya dan mengenali Haryani.


komen aq: novel nie adalah sambungan novel bagaikan puteri...kisah citer nie mmg mantap x dpt digambarkan kalo aq nk tuliskan sini korang kena bace citer baru bleh tau mcm mane jalan citer yg sebenar......mmg superg karya RAMLEE AWANG MUSHID NIEE

                                           

                                          


Sinopsis

RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.

Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.

Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.

HIJAB SANG PENCINTA - pelengkap trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu ini sarat dengan konflik hingga ke akhir. Lagenda minda, Saifudin atau Laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awang Murshid sekali lagi menggentar perasaan dan menggetar naluri anda yang menghayatinya


komen aq:novel bersambung nie aq mmmg x suke tp karya RAMLEE AWANG MURSHID nie mengubah pendapat aq beliau membawa aq ke satu pengembaraan yg sgt unik walupon x tercapai dek akal jom ar bace novel nie mmmg best x rugi kuarkan duit....




                                             


Pilu hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari ‘lelaki bertanduk dua’.

Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna.

Laksamana Sunan, Catalina dan Luna… bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi.

CINTA SUFI
Sebuah kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan.

komen aq: best ar aq dah x tau nk ckp ape tp thumbs up lah






                                         


 sinopsis novel Sutera Bidadari...

Saifudin - Muncul semula dari Tasik Hulu Melaka setelah 6 purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. Pengambaraan pun bermula ke Negeri Atas Angin untuk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap berazam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia.

Raja Roman - Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya... Sutera. Namun, dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga ke hujung nyawa.

Makhluk Sumpahan - Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu waktu dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifudin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifudin ke alam tidak berdinding.

Saifullah - Pada abad ke 21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511.

Ramlee Awang Murshid - Sutera Bidadari, bukan hanya mempamerkan aksi lasak yang menguja pembacaan, malah turut memanipulasikan emosi kerana karya kali ini menggabungkan kedua-dua elemen yang tidak terungkai sehinggalah ke noktah terakhir.


komen aq: korang kena bace  novel yg terdahulu dulu baru bleh bace kesinambunagn kisah laksamana sunan/saifudin



Novel ini hanya akan mula memasuki pasaran seluruh Malaysia pada penghujung Mei ini. Apakah Episod Terakhir ini bakal mengundang air mata atau ria gembira? Sama-sama kita baca pengakhirannya hingga ke muka surat yang terakhir.


Cover
      Sinopsis
Allah menciptakan cinta, justeru cinta perlu dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas dari belenggu cinta.
Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin serta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah.
Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, adakah benar Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan?
Pada tahun 1531 – Saifudin yang telah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggir Hulu Melaka. Dia mengisi harituanya dengan menghambakan diri kepada Allah dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa.Berjayakah Saifudin menewaskan mereka?
RAMLEE AWANG MURSHID dalam karya terkini, SUNAN MUSAFIR, lebih banyak bermain dengan ‘ruang dan waktu’. Lebih menitiberatkan ‘cinta dan air mata’. Mengutamakan ‘perjuangan dan kesabaran’. Yakinilah…pada ketika diri merasakan tidak mempunyai sesiapa, ALLAH itu mencukupi segala-galanya.
Untuk makluman semua, novel ini masih belum berada di pasaran seluruh Malaysia. Hanya cetakan terhad telah dibuat oleh penerbit khas untuk Pesta Buku Antarabangsa yang lalu
  

komen: novel kat atas nie masih belum ade dipasaran tau tunggu......


penutup:harap korang suka ape yg aq buat. harap dapat memberikan info tentang novel bagi kaki2 novel kat luar san tu... walaupon info yg aq beri nie hanye lah sedikit 
bukan nye ape ia nye untuk mengelakkan korang beli novel yg x best kan dah rugi ok ...wassalam 











No comments: