Friday, 12 July 2013

novel oh novel

novel yang MRP 

hari itu MRP terbuka blog *~Dari Tinta Aliesha Kirana~*  dan terjumpa lah novel akak aliesha kirana yang bertajuk "cinta bersaiz XXL" ingat nak cari novel mr arrogant tp nampak preview novel terus baca dan ketagih sampai kesudah haha...

 sinopsis novel "cinta bersaiz xxl"


 “Awak dah nampak saya depan mata awak, kan? Saya tak kisah kalau awak nak tarik diri daripada pertunangan ini sekarang. Saya terima segala keputusan awak.”

“Percayalah kepada jodoh yang ditetapkan oleh Allah ini ya, Deeba. Saya terima Deeba ikhlas kerana Allah.”

Nur Adeeba Addin - Rombongan merisik yang hadir membuatkan dia terpana. Tak betul agaknya lelaki yang datang merisiknya itu.Gara-gara saiz badannya yang comel, dia seringkali diejek gendut, debab, anak gajah, badak, tong dram, Doraemon, guni beras dan macam-macam lagi gelaran. Jadi mana mungkin lelaki sempurna seperti itu yang bakal dimilikinya?

Hadif Harith - Hatinya ikhlas memberi, kasihnya tulus menyinar meskipun sentiasa diragui. Ketampanannya digilai ramai namun cintanya utuh buat pemilik tubuh XXL.
Sehinggalah akad dilafazkan… Adeeba akur dengan landasan cinta itu.

“Deeba tau kan, abang tak suka Deeba rendahkan diri Deeba. Orang lain tak nampak apa yang abang nampak pada diri Deeba.”

“Nampak apa? Nampak lemak dekat badan Deeba ni?”

Hadir pula Qaisara, sepupu Hadif yang tak henti-henti menagih cinta.

Munirah, sahabatnya sendiri yang jatuh suka, dan juga gosip Hadif dengan Cik Irma yang melanda, membuatkan hati Adeeba kian curiga.
Benarkah masih ada ruang untuknya dicintai dan mencintai? Dan tak mampukah cinta seorang bersaiz XXL sepertinya menjadi realiti?

komen MRP tentang novel AK

NOVEL NI MEMANG DAEBAK... terbaik sangat haha tapi apa yang MRP dapat simpulkan dan ringkaskan novel nie ade jalan citer yang menarik,gaya penulisan yang menarik pembaca walaupon MRP tak suke novel yg berunsurkan monolog dalam hati hihikomen MRP tentang novel AK

mungkin ade diantara kita yang fikir isu masalah kegemukan atau isu XXL nie tak sepatutnya di ketengahkan tapi bagi MRP isu nie mmg fresh dan xder sorang pon yang berani menulis plot citer yang begini tapi ALIESHA KIRANA BERANI HAHA

secara ringkasnya,novel tidak terlalu sarat dengan konflik yang melampau tetapi agak santai dan sesuai dibaca oleh umum haha.... emmm itu sajalah untuk hari ini.. kalo ade novel yang best lagi MRP AKAN TUNJUKKAN KEPADA ANDA
TERIMA KASIH DAUN  KELADI.. :)


REGARDS
SNAZ1995

No comments: